Thursday, September 5, 2019


China sebagai kuasa ekonomi dunia, kebangkitan dan faktor pertumbuhan.


Gambar rajah menunjukkan  negara China

China merupakan negara yang terbesar di dunia. China mempunyai populasi yang tertinggi di dunia sebanyak 1,404 billion. Mata wang yang digunakan di China ialah  Renminbi. Ia juga dikuasai oleh “Communist Party of China” sebagai parti kerajaan. China merupakan tamadun pertama yang bentuk di Sungai Kuning. China merupakan negara eksport terbesar dan negara kedua terbesar dalam import. Walaubagaimanapun, ekonomi merupakan perkara penting kepada sesebuah negara. Begitulah, ekonomi china diperkatakan sebagai manufaktor. Selepas perkenalan pembaharuan ekonomi pada tahun 1978, ekonomi China berkembang  pesat antara negara- negara sekeliling.

Berdasarkan Bank Dunia, GDP China bertambah $150 billion pada 1978 sampai $12.24 trillion pada 2017. Berdasarkan data rasmi GDP China tahun 2018 adalah 90 trillion Yuan iaitu bersamaan kepada Ringgit Malaysia RM 7.8 trillion. Istilah GDP dimaksudkan  sebagai “Gross Domestic Product”. Merujuk Akronim BRIC, gabungan ekonomi Brazil, Rusia, India, dan China merupakan kuasa baru ekonomi baru dunia. Disinilah China menjadi pesaing kepada kemajuan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah. BRIC menjadi pilihan utama pelabur asing seperti syarikat multinasional dunia untuk melabur dalam negara dan ekonominya bertambah maju. Hal ini disokong oleh Parti Komunis China (PKC) sepenuhnya.


BRIC bermaksud Brazil, Rusia, India dan China. Ia merupakan istilah yang dicipta oleh Goldman Sachs Jim O’Neill dalam 2001 untuk merujuk kepada ekonomi yang beliau percaya akan menjadi pemain terbaik dunia untuk beberapa tahun akan datang.

Sebagai idea belakang istilah ditangkap, banyak dana bersama mula menawarkan cara untuk melabur di negara- negara ini. China reformasikan ekonominya dan menukarkan sistem ekonomi berasaskan komunis kepada sistem ekonomi campuran komunis dan kapitalis. Runtuhan ideologi sosialisme pada tahun 1991, China berkembang sebagai kuasa Komunis. China membuat pembaharuan terhadap dasar dalaman sebab tragedi Dataran Tianamen pada tahun 1989 yang menyaksikan protes besar – besaran pelajar universiti China menuntut pembaharuan. China mempunyai infrastruktur yang mula bangkit terutamanya dalam bidang pembuatan dan perindustrian. China kurangkan bergantung dengan negara lain malah mewujudkan sistem ekonomi pasaran bebas. Ekonomi China mula berkembang pada 1980-an. Walaupun ia merupakan permulaan kepada China, 10 peratus pernah dicapai oleh negaranya pada tahun pertamanya. Pencapaian itu menakjubkan bagi sesebuah negara dibawah cengakaman komunis. Negara yang dibawah naungan komunis selalu tidak dapat berkembang sebegitu mana China berkembang dalam masa yang singkat. China sudah melangkah untuk menjadi sebuah negara perindustrian daripada pertanian kerana kebanyakkan tanah di China sesuai untuk tanaman kerana tanah pamah yang luas.




FAKTOR PERKEMBANGAN







Faktor Perkembangan Ekonomi

1)   Kedudukan geografi
   





 o Tanah yang luas
 o   Bentuk muka bumi serta iklim yang sesuai untuk mengekploitasi sumber alam
 o   Terdapat dataran dan lembah sungai
 o   Kaya dengan sumber mineral serta bahan galian

2)Kependudukan dan demografi




- tenaga buruh yang mencukupi
- meminimumkan kos buruh
- memaksimumkan keuntungan







3) Dasar pintu terbuka
China mengamalkan dasar pintu terbuka dimana pelabur- pelabur dapat memasuki negara untuk melaburi dalam bidang perindustrian. Terutama syarikat- syarikat multinasional di pelosok dunia.

4) Kepesatan kegiatan perindustrian
Permintaan yang semakin hari meningkat kegiatan perindustrian menjadi pesat. Contohnya, penghasilan barang - barang elektronik, plastik, logam dan makanan.

5) Keberanian rakyat melabur
Keberanian rakyat akan meningkat untuk melabur apabila ekonomi negara berkembang pesat. Oleh itu sesebuah negara tidak hanya perlu mengharapkan syarikat- syarikat multinasional apabila rakyat sendirinya dapat melabur dalam negara sendirinya dengan perkembangan ekonomi negaranya sendiri.

6) Kemasukkan pelabur
Setiap pelabur akan menginginkan keuntungan. Oleh disebabkan itu, pelabur hanya akan melabur dalam negara yang ekonominya kuat dan berkembang supya dirinya boleh mendapat keuntungan yang lebih daripada pelaburannya. 




Kejayaan China & Kekangan Dihadapi Oleh China dalam bidang ekonomi

Barangan dan produk dihasilkan di China dapat diperolehi di segenap penjuru dunia dan harganya juga berpatutan sebagaimana semua orang boleh memilikinya barang pengeluarannya. China juga merupakan tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2008.

Hal ini, meliberasikan ekonomi negaranya dengan membuka ruang dan peluang yang luas dalam kerangka ekonomi. Maka , Presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama melancarkan dasar Pivot to Asia pada tahun 2013 sebagai usaha beliau untuk mengeksploitasi pasaran Asia dan mengekang pengaruh China dalam ekonomi. China melancarkan pelan ekonomi raksasa yang bakal mengubah landskap ekonomi dunia iaitu, One Belt,One  Road (OBOR).
     
Ia merupakan pelan Utopia bagi pengkritiknya dan menjadi manifestasi China untuk memahat diri sebagai gergasi ekonomi dunia. OBOR ialah perancangan ekonomi jangka panjang yang mengandungi dua pelan utama iaitu


Gambar menunjukkan pelan ekonomi (SREB) dan (MSR) yang terbaharu.


Silk Road Economic Belt (SREB) dilancarkan pada 7 September   2013 oleh Presiden Xi Jinping di Universiti Nazarbayev. Maritime Silk Road (MSR) diumumkan oleh Xi Jinping pada 3 Oktober 2013 semasa lawatan kerja ke Indonesia .
Jadi, kedua–dua pelan ekonomi ini, mempunyai cita–cita yang tinggi untuk membina dan menyantuni konsep perdagangan terbuka serta kerjasama yang sistematik di daratan dan lautan merentasi benua Eropah, Asia, dan Afrika. Pelan ekonomi ini juga dikatakkan pelan ekonomi terhebat dalam sejarah ketamadunan manusia dalam kerangka OBOR. 



Gambar menunjukkan negara- negara yang terlibat dalam (TPPA)
   
Seterusnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang disertainya oleh Amerika Syarikat pada tahun 2008 untuk menyaingi pengaruh China dalam kerangka ekonomi dan geopolitik. Selepas Donald Trump menjadi presiden, beliau mengumumkan bahawa menarik diri daripada TPPA pada 21 November 2016 dengan memperkenalkan istilah “meletakkan Amerika dulu”. Akhirnya, Presiden Trump tarik diri mewakili Amerika daripada TPPA pada 23 Januari  2017. Tetapi penyertaan China dalam TPPA tidak memberikan kesan kepadanya sebaliknya, membantu negara -negara seperti Malaysia, Brunei, dan Australia melalui perjanjian perdagangan bebas. Pasaran yang luas dalam negara China membolehkan sesiapa yang mewujudkan hubungan perdagangan erat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 8 November 2016 menyebabkan masa hadapan TPPA menjadi tidak tertentu.


Gambar rajah yang dikaitkan dengan Trade War 
Persaingan ekonomi antara kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat dan China terus berlaku dalam pelbagai aspek. Contohnya, Trade War antara Amerika dengan China dikatakan perjanjian yang telah ditandatangani telah dilanggar. Hal ini menyebabkan, pihak mereka  menaikkan cukai eksport yang boleh manjadi masalah kepada negara – negara yang mengimport barangan daripada China. Malah, ada pengumuman bahawa syarikat- syarikat di Amerika Syarikat tidak boleh ada perhubungan dengan syarikat - syarikat di China.


No comments:

Post a Comment